Books Description

Lelaki Yang Kau Pilih

RM 31
Perkahwinan dengan rasa cinta itu tiba-tiba putus di tengah jalan. Kalau meraung pun sudah tidak berguna kerana si suami sudah melafazkan talak. Bukan satu, tapi tiga sekali gus!

Apabila tersedar, Nafis tidak dapat buat apa-apa lagi. Hidni sudah diceraikan dengan talak tiga!

Kerana cinta yang masih mendalam, Nafis buat rancangan gila. Mencari cina buta!

“Awak nak tengok saya merana ke?” - Nafis
“Awak baru terfikir, kan? Bukan senang nak cari cina buta yang betul-betul tak tahu apa. Nak cari orang gila tak sah pula nak kahwin?” - Hidni

Selepas puas dipujuk, Hidni bersetuju kerana dia juga masih cinta kepada Nafis. Walaupun mendapat tentangan daripada kawan baiknya, Isya, dan mama Hidni sendiri.

Nafis mengambil kesempatan dengan seorang lelaki yang melanggar belakang keretanya. Lelaki bernama Aydeen yang disangka seorang mekanik. Aydeen bersetuju kerana tidak mahu terlibat dengan polis. Tiba hari perkahwinan, mereka semua terkejut kerana Aydeen itu tidak seperti yang diceritakan oleh Nafis. Hidni membayangkan lelaki yang diceritakan oleh Nafis kurus kering, tapi yang muncul berbadan sasa.

“Tapi, ni hanya kisah cina buta, kan? Kau tak boleh paksa-paksa macam ni. Aku nak balik!” - Hidni
“Memanglah kisah cina buta saja. Tapi, aku tak paksa pun kau kahwin dengan aku. Kau terpaksa ke?” - Aydeen

Memang benar, Aydeen tidak akan lepaskan Hidni. Tapi, siapakah Aydeen yang sebenarnya? Macam mana Hidni nak lepaskan diri daripada Aydeen si cina buta?
Author: Zaza Qry
Read Sample
Chapters
BAB 1

HIDNI melangkah masuk ke dalam rumah. Dia mencari Nafis sehingga ke dapur. Geram kerana tidak menyan...

BAB 2

HIDNI menghempaskan tubuh ke sofa. Rasa letih yang amat sangat setelah bertemu dengan klien yang ban...

BAB 3

“TOLONGLAH setuju, Nini. Saya tak boleh hidup tanpa awak lagi...” Nafis merayu entah untuk kali yang...

BAB 4

MUJURLAH walau selepas kemalangan pun kereta itu masih boleh dipandu. Jika tidak, jenuhlah Aydeen ke...

BAB 5

“SEMUANYA dah selesai.” Nafis memberitahu Hidni ketika menelefonnya. “Awak ni betul ke budak tu...

BAB 6

HIDNI turun dari kereta Isya. Dia berdiri di pintu yang masih belum ditutup. Hidni mengenakan kurung...

BAB 7

MEREKA semua masuk ke dalam bilik yang menjadi tempat untuk melangsungkan akad nikah. Tuan kadi suda...

BAB 8

“KITA nak ke mana ni? Perjanjiannya bukan begini, kan?” Hidni naik angin. Sudahlah kereta ini pe...

BAB 9

HIDNI masam mencuka ketika mereka dalam perjalanan. Dia tidak tahu ke mana mereka akan pergi sebenar...

BAB 10

HIDNI membuka matanya. Semalam dia berkeras mahu tidur di sofa. Biarlah tidak selesa sekalipun. Muju...

Total Views

134

Total Purchases

0

Average Rating

0.0/5.0

Reviews

Please login to add a review

Similar Books