Books Description

Dudaku Suamiku

RM 25
Reesa Aimee bukanlah perempuan ideal untuk Adam Syarez berkahwin, namun dengan Reesa Aimee juga dia melayari perkahwinan. Tidak panjang usia perkahwinan itu, mereka membawa haluan masing-masing. Enam tahun terpisah membuatkan Adam Syarez melupakan segala-galanya tentang Reesa Aimee. Takdir Allah itu indah, mereka bertemu semula apabila Reesa Aimee sudah mempunyai anak dan seorang ‘suami’.

“Umarif tak tolong?” tanya Syarez agak panas hati apabila niatnya yang baik ditolak oleh Reesa.
“Tolong... ” Panjang jawapan Reesa.
“Tolong apa macam ni? Tengok, dia dah berjalan kat sana. Agaknya dia tolong dalam bilik tidur aje kut!”

Cemburukah Adam Syarez kepada bekas isterinya yang sudah berbahagia dengan suaminya? Dia sendiri yang meninggalkan Reesa Aimee kerana mahu kembali kepada Suzy, namun jika difikirkan memang Adam Syarez cemburu.

“Awak hanya senyum untuk Adam saja ke? Untuk orang lain tak boleh nak ukirkan senyuman ke?”

Versi harukah Syarez ini? Ikut sukalah, isteri orang. Bukan isteri dia nak senyum kepadanya ataupun tak? Pening kepala kalau mahukan isteri orang senyum kepada dia saja. Takdir bagaikan sudah mengikat mereka berdua. Elak macam mana sekalipun mereka tetap akan bertemu.

“Awak yakin ke kita boleh buat sebaiknya untuk Adam?”
“Boleh.”

Mampukah perkahwinan kali ini membahagiakan semua? Berapa banyak hatikah yang akan terluka dengan keputusan mereka berdua? Dan, bagaimana pula dengan hati Suzy dan Umarif?
Author: Zaza Qry
Read Sample
Chapters
BAB 1

“PEMENANG bagi Pelakon Wanita Popular bagi kategori fi lem adalah Suzy Murad!” jerit dua orang penga...

BAB 2

GISELE meletakkan keretanya di tepi MyVi kuning itu. Pemilik MyVi itu hanya akan keluar dari rumah a...

BAB 3

BUAIAN diayunkan perlahan. Syarez memandang ke taman yang menghijau. Bosan melingkari hatinya. Sudah...

BAB 4

REESA menutup pintu kereta. Adam berlari mendapatkannya yang berada di sebelah kanan kereta. Sejak d...

BAB 5

SYAREZ menyelongkar semula barang-barang lamanya. Mencari jikalau ada sekeping gambar yang boleh dis...

BAB 6

REESA duduk di taman permainan yang berada di dalam kawasan sekolah itu. Menanti Adam yang mahu mene...

BAB 7

SYAREZ bertanyakan khabar Adam daripada Amira. Selagi Adam tidak ke sekolah tentulah dia masih tidak...

BAB 8

REESA memandang Adam yang sedang bermain. Parut bekas chicken pox masih lagi ada pada badannya. Suda...

BAB 9

REESA hanya menjadi pemerhati sahaja, melihat Umarif dan Adam yang sedang bergelak ketawa di tepi la...

BAB 10

REESA benci dengan kata-kata Syarez dua minggu lepas. Hingga ke hari ini kata-kata itu masih berlega...

Total Views

135

Total Purchases

0

Average Rating

0.0/5.0

Reviews

Please login to add a review

Similar Books