Books Description
Bukan Anti Romantik
RM 0
Cinta.
Lalu, muncullah Luthfi Mirza, cucu kepada Hajah Zaleha, yang entah bagaimana tiba-tiba saja menjadi calon pilihan tok wan.
Luthfi? Dengar namanya sahaja sudah cukup untuk buat kepala aku serabut. Pantang berjumpa, ada sahaja benda yang mahu ditegakkan. Gaduh-gaduh manja, perang mulut, itu sudah jadi rutin.
“Orked, kalau aku hilang ingatan, kau tolong ingatkan aku tak?” - Luthfi Mirza
“Tolong ingatkan apa? Yang kau suka kacau aku hari-hari?” - Orked Latifa
Aku bukan takut untuk jatuh cinta, cuma kisah perkahwinan mak dan ayah yang hampir musnah membuatkan aku sentiasa berwaspada. Aku tidak mahu mengulangi sejarah mereka.
Selain itu, tok wan dan Hajah Zaleha ada sahaja taktik yang mereka guna untuk menyatukan kami berdua. Tetapi, bagi aku, Luthfi adalah gangguan kecil yang boleh diabaikan.
“Aku ni boyfriend material tau, bukan katak.” - Luthfi Mirza
“Boyfriend material? Kain jenis apa tu? Cotton? Polyester? Atau kain buruk?” - Orked Latifa
Tapi, entah kenapa, semakin kerap kami bertekak, semakin hati aku mula terusik. Siapa sangka pertemuan yang dirancang ini bakal mengubah kehidupan aku...
Author: Schaslee
Chapters
Total Views
592
Total Purchases
0
Average Rating
0.0/5.0
Reviews
Please login to add a review