Books Description
Mr Millionaire's Contract Wife
RM 0
Ketika dia berjumpa dengan kawannya, Achara, ada sekumpulan lelaki datang mengutip hutang daripadanya. Paling mengejutkan, sepupunya, Thim, berhutang menggunakan nama ayahnya dan dia. Motosikal kesayangan yang dihadiahkan oleh arwah ayahnya dirampas begitu saja. Tidak cukup dengan itu, dia pun mahu diangkut sekali.
Tiba-tiba ada seorang lelaki menawarkan bantuan untuk membayar baki wang yang dipinjam tersebut. Fahmita terkaku kerana lelaki itu membayar secara tunai kepada mereka. Bantuan itu tidak datang dengan percuma, ada harga yang perlu dibayar oleh Fahmita.
“Be my contract bride.” - Edriz
Edriz memgambil keputusan untuk mencari contract wife kerana dia sudah lelah menolak calon yang ditawarkan oleh Tun Fatimah, bondanya. Nanti calon itu akan menjadi acuan Tun Fatimah. Lagipun, kalau Fahmita orang luar, dia yakin Tun Fatimah susah nak menyiasat. Sebab itulah dia mencari perempuan berani seperti Fahmita. Tentu Fahmita dapat menangani Tun Fatimah.
“You tak sesuai dengan kami. Gaya pakaian you pun dah tahu, you ni level tepi jalan saja.” - Tun Fatimah
“Manusia semua sama saja, bonda. Tak sempurna. Mungkin di dunia ni, dia kaya raya, tapi akhirat nanti dia miskin.” - Fahmita
Kan dah kata, Fahmita mampu menangani Tun Fatimah. Apabila Tun Fatimah dipaksa menerima menantu pilihan anak bujangnya, dia bagi syarat pula. Di luar kena jadi orang asing. Orang tak boleh tahu Fahmita adalah isteri Edriz.
Author: Zaza Qry
Chapters
Total Views
621
Total Purchases
1
Average Rating
0.0/5.0
Reviews
Please login to add a review