Books Description
INGIN MEMILIKIMU
RM 0
Suria sering diganggu oleh seorang lelaki bernama Zulhakimi. Status lelaki itu sebagai suami orang menyebabkan Suria menjauh. Namun, peristiwa Suria diserang oleh isteri Zulhakimi membuatkan Iskandar terpaksa berlakon sebagai seorang tunang, demi melindungi Suria.
“Terus terang aje. Apa awak nak?” - Suria Kaisara
“Aku nak kau. Kau kan tunang aku.” - Iskandar
Demi mencapai impiannya, Iskandar telah mengatur rancangan. Dekati Suria dan beli hatinya. Sayangnya, perangkap yang dibina akhirnya memakan diri. Iskandar terjerumus dalam mainan perasaan. Malah, Iskandar jadi semakin tamak. Dia ingin memiliki Suria Kaisara dan takdir juga seolah-olah sedang memihak kepadanya apabila dia dan Suria akhirnya disatukan.
“Awak hanya nak main-mainkan perasaan saya, kan?” - Suria
“Aku nak kau tahu yang kau bukan sebahagian daripada rancangan aku.” - Iskandar
Kemunculan Melisa yang kembali menagih kasih Iskandar menjadikan keadaan bertambah kusut. Memang Iskandar pernah cintakan Melisa, memang juga Iskandar pernah patah hati yang terlalu dalam apabila ditinggalkan oleh Melisa. Tapi, itu dulu.
Suria curiga dan apabila kebenaran terbongkar, mengapa Iskandar mendekatinya, Suria memilih untuk benci. Walau berkali-kali dipujuk Iskandar, tak mudah lagi untuk dia membeli hati Suria yang telah terlalu terluka.
Author: NURSUZAHAN
Chapters
Total Views
240
Total Purchases
5
Average Rating
0.0/5.0
Reviews
Please login to add a review