Books Description

FROM CRUSH TO HUSBAND

RM 17
Kahwin dengan Ziyad Ilhan a.k.a Mr Crush? Itu memang impian Nia Qalesya. Sejak dari sekolah rendah lagi, dia berangan-angan nak kahwin dengan lelaki itu. Sampai tahap dia cup Ziyad untuk jadi pengantin lelakinya bila sudah dewasa nanti.

Tapi, sebaliknya pula dengan Ziyad. Dia rimas bila asyik kena kacau dengan Nia. Rimas sampai tahap menyampah. Macam mana dia nak suka budak hingusan itu kalau nak pandang muka Nia pun dia langsung tak sudi?

“Kalau semua perempuan dalam dunia ni dah pupus sekalipun, aku takkan kahwin dengan kau, Nia Qalesya!” - Ziyad Ilhan

Tidak lama selepas itu, mereka terpisah kerana Ziyad mengikut keluarganya berpindah ke luar negara. Sejak itulah, Nia benar-benar terputus hubungan dengan Mr Crushnya.

Siapa sangka, selepas lima belas tahun Nia muncul di depan rumah Ziyad semata-mata sebab nak minta kerja jadi bibik!

Bergelut dengan masalah kewangan selepas kematian bapanya, buat Nia nekad untuk bekerja sambil belajar. Dalam masa yang sama Ziyad perlukan pembantu untuk menguruskan rumahnya. Dari situlah Ziyad sedar Nia adalah budak perempuan yang separuh mati sukakan dia ketika zaman kanak-kanaknya dulu.

Nia pula langsung tak tahu yang majikannya itu adalah Mr Crush zaman kecilnya. Macam mana nak tahu kalau nama majikannya pun dia langsung tak tahu.

Satu insiden malang terjadi. Kepulangan Nia ke kampung gara-gara mahu menghalang niat ibu tirinya daripada menjual tanah pusaka membongkar segalanya. Dari situ jugalah rahsia Ziyad terbongkar.

Belum sempat dia menghadam kenyataan yang selama ini dia menjadi bibik di rumah Mr Crushnya, tup-tup dia ditangkap khalwat dengan Ziyad. Tak cukup dengan itu, mereka dipaksa untuk kahwin!

Kena kahwin dengan Mr Crush? Siapa saja yang tak suka. Tapi, bukan dengan cara terpaksa macam ini. Sumpah dia tak rela!

“Tak payah nak buat-buat jual mahal sangatlah Nia. Bukan ke dulu kau juga yang beria-ia nak kahwin dengan aku?” - Ziyad Ilhan

OMG! Boleh pula dia ungkit kisah lama tu.

“Encik bos sanggup ke kahwin dengan perempuan yang encik bos benci ni?” - Nia Qalesya
“Siapa kata aku benci kau?” - Ziyad Ilhan

Sudahnya Nia tiada pilihan. Desakan orang sekeliling memaksanya untuk menerima Ziyad sebagai suami. Sedar yang pernikahan itu bukan atas kerelaan Ziyad, buat Nia melarikan diri sehari lepas majlis akad nikah.

Pelbagai ujian yang mendatang menguji perasaan Ziyad Ilhan pada Nia. Hinggalah dia sedar yang dia juga sudah jatuh cinta pada Nia Qalesya, budak perempuan yang pernah dia reject mentah-mentah dahulu.

Malangnya kesetian Nia diragui dengan kehadiran Zackery. Kerana salah faham itulah Ziyad membawa diri tanpa sedikit pun memberi peluang untuk Nia menjelaskan kebenarannya. Adakah penantian Nia akan berakhir? Terjawabkah persoalan siapa Zackery dalam hidup Nia?
Author: Nor Hasnida
Total Views

64

Total Purchases

1

Average Rating

0.0/5.0

Reviews

Please login to add a review

Similar Books