Books Description
AZZAN LELAKI YANG TERTANGGUH
RM 16
Siapa sangka persahabatan yang dibina sejak umur enam tahun putus begitu sahaja. Inara dan Azzan berpaling arah. Tujuh tahun memisahkan mereka dengan seribu luka dan rahsia. Inara terpaksa berkahwin dengan lelaki yang dia tak cinta dan mengkhianati cinta seorang Azzan.
Tujuh tahun berlalu, blind date misteri tercipta. Inara terpaksa menghadiri blind date itu, menggantikan tempat kawan baiknya. Dan teka, siapa pasangan blind date Inara?
“Maafkan saya pasal blind date ni. Saya tahu bukan saya yang awak nak jumpa.”- Inara
“Tujuh tahun ni, awak okey?” - Azzan
Hati masih luka, namun ada segunung rindu cuba ditahan. Tujuh tahun merubah Azzan daripada lelaki yang ceria kepada lelaki yang penuh sarkastik apabila berkata-kata.
“Suami awak tak marah ke awak pergi blind date macam ni?” - Azzan
Dalam dunia yang memaksa mereka untuk berpaling sesama sendiri, mereka kait kembali jalan cinta sejak zaman kanak-kanak mereka. Bermula daripada sekeping kad kahwin yang ditulis sendiri oleh Azzan ketika usia enam tahun, kini mereka bersatu hanya kerana ingin melindungi antara satu sama lain.
“Kenapa awak tak pernah percayakan saya, Inara?”- Azzan
Kepercayaan cuba dibina daripada sebuah pengkhianatan semalam. Azzan berusaha menyembuhkan luka Inara di saat lukanya masih berdarah.
“Kenapa awak sanggup nak kahwin dengan janda macam saya?” - Inara
Inara menyimpan rahsia. Azzan menyimpan luka.
“Dan saya harap kali ini awak pilih saya, Inara.” - Azzan
Antara bersama Azzan dengan masa depan yang belum pasti, atau kekal di masa silam yang pasti ada kenangan indahnya bersama Azzan, Inara dalam dilema. Adakah Azzan lelaki yang hadir sebagai satu persinggahan atau bahagia Inara sebenarnya bersama Azzan, lelaki yang tertangguh kehadirannya?
Author: Emma Mariam
Chapters
Total Views
29
Total Purchases
1
Average Rating
0.0/5.0
Reviews
Please login to add a review