Books Description

HIGH SCHOOL SWEETHEART

RM 16
Tidak pernah terbayang, hubungan yang dicipta dengan penuh harapan akhirnya berakhir tanpa noktah. Cinta yang pernah mereka bina runtuh bukan kerana hilang rasa, tetapi kerana keadaan yang memaksa.

Anastasia membawa luka yang tidak benar-benar sembuh, sementara Fakhri terpaksa melepaskan tanpa rela. Tahun-tahun yang berlalu tidak pernah memadamkan kenangan, malah semakin menebalkan rasa rindu yang terpendam.

Anastasia nekad pulang ke Malaysia untuk membetulkan kesilapan masa lalu. Kepulangannya bukan sekadar untuk mencari ketenangan, tetapi untuk menuntut kembali serpihan hidup yang pernah diragut daripadanya.

Tambahan pula, perpisahan antara dirinya dan Fakhri bukanlah kerana kehendak hati. Ada rahsia dan trauma yang membuatkan dia memilih untuk menjauh, walaupun hatinya sendiri tidak pernah benar-benar ingin pergi.

“Bukan aku tak pernah cuba cari kau, tapi aku tak boleh. But, now I found you, right?” - Anastasia.
“After eleven years?” - Fakhri
“Don’t you feel glad to see me again?” - Anastasia
“I do.” - Fakhri

Namun, kepulangan itu membuka luka baru yang tidak pernah dia jangka. Rumah peninggalan arwah mamanya menjadi milik orang lain. Tanpa rumah itu, Anastasia terasa kehilangan mamanya untuk kali kedua. Dunia yang baru sahaja cuba dia bina, kembali goyah.

“Aku faham. Kau trauma dengan apa yang kau hadap sebelum ni. Tapi, jangan risau. Aku tahu macam mana nak stabilkan emosi kau.” - Fakhri
“What do you mean?” - Anastasia
“You need love to heal your pain. And I’m ready to heal you.” - Fakhri

Saat Anastasia hampir berputus asa, Fakhri tampil ke hadapan. Dia nekad mahu membantu Anastasia dapatkan semula rumah tersebut, walau apapun caranya. Tetapi, bantuan itu datang dengan syarat, Anastasia harus menjadi miliknya secara mutlak.

Bukan sekadar kekasih, tetapi isteri.

“Ya Allah, Tasia! Berapa kali aku nak cakap dekat kau. Aku betul-betul nak tolong kau. Kan aku dah janji, aku akan dapatkan balik rumah arwah mama kau tu.” - Fakhri
“Aku bukannya apa, aku cuma nak kepastian. Aku risau keputusan kita yang terburu-buru ni akan menimbulkan masalah di kemudian hari.” - Anastasia

Anastasia masih ragu-ragu dengan keputusan itu. Dia tersepit antara memori lalu yang menghantui dan cinta lama yang kembali menyala. Hatinya masih menyimpan rasa, namun ketakutan sering mengatasi keberanian.

“Aku pernah kehilangan kau sekali, aku tak nak kehilangan kau lagi.” - Fakhri
“Aku takut, Fakhri. Aku takut perkahwinan ni hanya akan bawa lebih banyak masalah.” - Anastasia

Antara cinta yang tidak pernah padam dan trauma yang masih menghantui, mampukah Anastasia memberi peluang kedua kepada dirinya sendiri? Atau trauma masa lalu akan terus menjadi penghalang pada bahagia yang mereka dambakan?
Author: Schaslee
Total Views

99

Total Purchases

2

Average Rating

0.0/5.0

Reviews

Please login to add a review

Similar Books