Books Description
HAQ LELAKI ANOMALIS
RM 20
Haq buntu dalam mencari jawapan. Namun, pertemuan dengan wanita muda bernama Harleen Zulaikha bukanlah satu kebetulan. Wanita itu rupa-rupanya menyimpan kunci pada jawapan yang dicari-cari. Lalu, keadaan itu menyebabkan Harleen berkali-kali menjadi buruan musuh.
“Entah apa kaitan semua ni dengan Venus 201? Aku tak fahamlah.” - Harleen
“Entah. Aku lagi tak faham. Bukan kau saintis ke?” - Haq
Demi melindungi Harleen dengan lebih dekat, satu perkahwinan secara sementara terpaksa diikat. Satu perkahwinan yang mereka berdua sendiri tidak pasti akan kesudahannya. Bahagia atau derita?
“Kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main.” - Harleen
“Aku betul-betul maksudkan apa yang aku cakap tadi.” - Haq
“Gila!” - Harleen
Harleen keliru. Namun, dalam keadaan penuh terdesak, akhirnya dia merelakan diri berada dalam dunia penuh onak dan duri seorang Haq.
“Kau yakin dengan keputusan ni?” - Haq
“Entah... aku tak yakin dengan diri aku. Tapi, aku yakin dengan kau. Aku percayakan kau.” - Harleen
Bersama-sama Harleen, satu demi satu petunjuk berjaya memberi jawapan pada persoalan yang dicari-cari. Namun, saat segala kebenaran terbongkar, Haq kecewa yang bukan sedikit.
Haq kecewa apabila manusia tidak lagi meletakkan akal dan iman sebagai sempadan dalam setiap perbuatan. Malah, rela menjadikan nafsu sebagai tunjang kepuasan diri.
“Jangan terlalu cepat menghukum. Kita selidik dulu.”- Harleen
“Jadi, aku ke yang terlalu menghukum? Buka mata kau dan nilai balik apa yang aku cakap tadi.” - Haq
Masih mampukah Haq, seorang lelaki anomalis, menamatkan misteri Venus 201 dalam keadaan penuh kecewa dan terdesak seperti itu? Dan masih wujudkah pengakhiran yang sempurna dalam cerita seorang Haq dan Harleen?
Author: NURSUZAHAN
Chapters
Total Views
101
Total Purchases
0
Average Rating
0.0/5.0
Reviews
Please login to add a review